Sunday, August 21, 2011

Tips untuk kelihatan lebih ramping.

Tajuk memang out. Takda kena mengena dengan isi karangan. Jadi siapa yang google untuk jadi ramping, Maaf. Sebab saya tak ramping. Jadi takda tips.

+++++++++
Semakin hari negara semakin maju. Semakin hari masyarakat pun pelbagai ragam. Tak kira dari semua aspek. Sosial dan politik amnya.

Aku memang dari dulu jenis yang observant. Suka memerhati gerak geri manusia, apa yang manusia luahkan, apa yang manusia fikirkan. Kadang-kadang aku boleh agak apa yang terpahat dalam hati manusia sebab memang aku memerhati dari segi gerak-geri, perbualan, intonasi suara, mimik muka manusia. Sebab bukan semua luahan manusia datang dari hati.

Sekarang ni ramai yang lebih terjebak dengan sifat negatif dalam diri. Sifat suka nak membantah. Suka memberontak. Tidak dapat menerima cadangan orang lain. Malah kurang meluahkan pandangan. Ada saja yang nak menepis. Bila satu cadangan diunsurkan, ada saja yang kurang berpuas hati. Cuba sekali sekala terima cadangan orang lain, dan cuba mengambil bahagian.


Lagi satu, manusia sekarang jenis yang macam " Hai dunia, akulah manusia paling hebat dan no one can beat me!" dari kata erti lain, bangga diri. Bila rasa diri dah memang hebat, inilah jadinya. Semua perkara harus ditunjuk, harus dipamer, harus diketahui oleh umum. Tidak ada rasa malu atau rendah diri dalam diri. Yes, memang ada masa kita tak perasan, ada masa memang saja buat tak perasan. Nak tunjuk slip periksa anda yang excellent di khalayak ramai boleh, tapi cuba fikir balik. Apa kata orang nanti? Suka menunjuk-nunjuk? Atau memang nak berkongsi kegembiraan dengan orang lain? Boleh nilai sendiri.


One more thing, sifat iri hati memang menjadi-jadi terutama dalam kalangan belia. Bila diri semakin meningkat usia, rasa iri hati makin menebal. Cuba sekali sekala menyokong bila ada rakan anda yang boleh belajar sampai nun jauh disana. Rasa gembira bila rakan anda di-promote ke jawatan yang lebih tinggi. . Hakikat, sebaliknya yang berlaku. Jadikan itu satu persaingan sihat dan bukan diakhiri dengan kutukan/ rasukan Ablasa kepada orang lain. Memang aku akui, kalau orang lain dapat keputusan tinggi dari aku, memang aku rasa tercabar. Rasa iri hati. Tapi bila fikir balik, sifat tu boleh bawak sampai mana? Baik kita improve diri sendiri dan cuba untuk ke hadapan. Pasti boleh punyalah. Caya sama loh !



Kurang matang dari segi pemikiran. Ini aku malas nak elaborate. Ada kalanya, sesetengah perkara kita kena berfikir secara matang. Jangan mudah terjebak dengan anasir-anasir luar, persekitaran, kemodenan, whatever lah (dah mula merepek). Bila kita mula fikir cara rasional, mungkin masa depan kita akan lebih terjamin. Bukan berfikir ikut nafsu. Ikut kesenangan. Berfikir seperti esok tiada. Ada kala, kita kena bermula dari bawah untuk berada di atas. Boleh lihat dengan jelas dari status facebook rakan-rakan anda.

Contoh:

Kamarul Azam M.
; Ambil order salah, lambat pulak tu. Memang aku takkan datang lagi kedai Mak Timah tu.



Kurang keyakinan dalam diri. Yep. Dulu, aku memang tidak yakin dengan apa aku buat dan segalanya. Aku suka ikut orang. Apa orang lain buat, aku pun buat. Kalau orang tak buat, aku pun tak buat. Tak yakin nak memulakan sesuatu tanpa ada sokongan. Nak pergi kedai beli garam lepastu tak tahu mana garam letak pun malu nak tanya kat cashier. Bila fikir balik, cashier tu pun manusia, sama macam aku, kenapa nak malu? Kurang keyakinan dalam diri mengatasi segalanya. Jadi buang jauh-jauh sifat tu. Cakap dengan diri sendiri ;

" I can do it. I can do it ! "
"Pakcik, garam kat mana tempatnya? "
"Kat sebelah gula" (jawapan tak patut)
"Okay, thanks pakcik"

Ha. Kan senang.


Akhir kata dari penerbit,

Memang semua di atas ada dalam diri aku. Pengalaman diri sendiri. Jadi jom sama-sama kita buang jauh- jauh sifat tak cool untuk jadi lebih COOL. Slow slow takpa, asalkan jangan tak bergerak langsung. Insyaallah.


P/s : kenapa post kali ini lebih serious? Kahkahkah. IDKW . =.="

2 menentang saya:

dqeen said...

Cool post dhira. huahua. observant gak ko ni. best tgok gelagat manusia ni kan. macam2. kat fb tu mcm pentas drama je klu hari2 baca status2 orang.

what a life skrg ni. Selamat hari raya!

Nadhirah S. said...

Kan ? hem. aku memang suke tgk2 org ni. jd hobi. heheh. selamat hari raya jugak !