Saturday, August 20, 2011

Bila-bila, saya-saya, tiada-tiada, kerja-kerja, ini lah yang terhasil.

Disebabkan dah berhenti kerja lebih kurang 2 minggu lebih, rasa terseksa pulak duduk rumah tak buat apa. Rasa bersalah kat diri sendiri sebab sepatutnya boleh kumpul duit lagi untuk sebulan boleh beli lagi barang-barang wishlist saya yang belum terlaksana tapi end up dengan duduk goyang kaki kat rumah kerja tukar channel astro.

Lepastu sekarang bertambah lagi terseksa sebab rindu yang teramat sangat dekat pelajar-pelajar buas degil nakal kat cambridge ! Macam mana lah mereka sekarang? Siapa yang replace? Boleh ke teacher baru control budak-budak nakal tahap monyet tu? Hem. Miss them a lot.

Lagi penyeksaan bila facebook dah menjadi semakin bosan. boring. bosan. boring. Twitter pun sama lah bosan. boring. bosan. boring. Sebab mungkin aku kurang reti nak tweet gaya artis #justsaying. Contoh, Hello peminat saya apa khabar? Selamat pagi good morning tweetpeeps ! Tadi nyamuk gigit kat tangan sampai merah menyala tauu. Jadi semua laman-laman sosial sekarang boring.bosan.boring. Mungkin anda tak mempunyai ramai followers? Whatever. Itu bukan persoalan sekarang.

Bila nak keluar malas pulak sebab takut duit dalam bank berkurangan. Aku kadang-kadang tahu macam mana nak jimat duit tapi bila nafsu dah keliling aku, memang aku kalah 5-0 la. Itu sebab rasa nak duduk je rumah berehat sebab sem baru akan menjelma tak lama lagi. Dimana kelas ada sampai pukul 7.30 malam? Gila tak gila?

Jadi kerja aku masa bulan puasa ialah melihat recipe-recipe untuk buat kuih raya. Okay. Memang tidak tepat sama sekali sebab memang aku tak gemar buat kuih raya tapi gemar makan dan mengkomen sahaja. Aku pernah buat sekali choc chip cookies tapi berakhir dengan hangus. Tapi tak mengapa, disebabkan choc chip cookie memang dah berwarna hitam, kehangusan tidaklah ketara sangat cuma rasa pahit tu masih kekal.

Jadi jadi jadi.

Jadi, (tak tahu nak tutup perenggan macam mana)

Ok bye. (tarik diri dulu)

0 menentang saya: